GUMUK PASIR | | UMUM | |
GUMUK | | UMUM | |
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDS | Monumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933. | UMUM | Umum |
PINTUBIS | Pintubis juga dieja sebagai Bindubis , ialah Orang Asli yang tinggal di Gurun Great Sandy, di Australia Barat. Gurun itu sangat panas, kering dan dipenuhi pasir gumuk yang berwarna merah. | UMUM | |
OLGAS | Olgas merupakan sekumpulan singkapan batu besar dan bulat yang terletak 32 kilometer di barat Ayers Rock di Wilayah Utara Australia. Ia meliputi kawasan seluas 25 kilometer persegi, dan dikelilingi oleh dataran gumuk pasir. Gunung Olga, puncak yang tertinggi, menjulang setinggi 1025 meter di atas aras laut. | UMUM | |
BARKAN | BARKAN, sejenis gumuk pasir berbentuk bulan sabit dengan dua tanduknya menghala ke arah hilir angin. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
RUMPUT MARAM | Rumput maram mempunyai daun yang panjang, runcing, dan berwarna hijau-pucat. Rumput ini tumbuh dalam bentuk rumpun yang lebat di pantai berpasir dan gumuk pantai. | UMUM | Umum |