Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.di/] | ݢونديق

Definisi : 1. isteri yg bukan gahara, isteri tidak rasmi; 2. bini gelap; ~-candik berbagai-bagai gundik; bergundik mempunyai gundik; bergundikkan mempunyai (seseorang) sbg gundik; mempergundikkan menjadikan gundik; pergundikan perihal bergundik: kongres wanita diadakan utk menentang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.di/] | ݢونديق

Definisi : 1 isteri yg tidak rasmi (di kalangan raja-raja). 2 perempuan yg tidak dinikahi tetapi diperlakukan spt isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundik

Peribahasa

Bergantung sehasta tali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GUNDIK

GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RUMAH ITU DUNIA AKU

RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi.  Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik.  Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru.  Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan.

SASTERAKarya
WAN MUTAHIRWAN MUTAHIR (  ?  -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863).  Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832.  Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad,  dari Terengganu.  Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya.  Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini.  Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas