Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.du] | ݢوندو

Definisi : 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt guli (getah, kepingan kayu, dll) yg digunakan sbg pelontar (lastik dll) dlm permainan guli (getah, jengkek, dsb), tagan; bergundu 1. bermain guli; 2. ada atau mempunyai gundu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.du] | ݢوندو

Definisi : sesuatu (guli, getah, kepingan kayu, kaca dll) yg digunakan sbg pelontar dlm sesuatu permainan. bergundukan menggunakan sesuatu (guli dll) sbg gundu: Dia ~ kepingan kaca semasa bermain jengket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 

Kembali ke atas