Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.rin.dam] | ݢوريندم

Definisi : sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); bergurindam melafazkan gurindam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.rin.dam] | ݢوريندم

Definisi : sajak dua baris yg berisi nasihat atau pengajaran. bergurindam membaca atau menyebut gurindam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurindam

Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GURINDAM DUABELAS

GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M.

SASTERAKarya
GURINDAM

GURINDAM, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu “Kirandam” yang bererti amsal atau perumpamaan.

SASTERAKonsep
TEROMBA

TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri  Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.

SASTERAKonsep
PUISI MELAYU MODENPUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun.SASTERAKonsep
RANDAI

RANDAI, persembahan teater tradisi dengan gaya bercerita melalui tarian dan lakonan. Persembahan ini di paparkan melalui gaya bahasa berirama seperti gurindam, berdendang dan berlagu. Randai merupakan kreativiti yang menjadi tradisi kelompok Minang di Malaysia dan Indonesia, yang mengamalkan adat perpatih. Di Malaysia, randai terdapat di Negeri Sembilan dan Selangor. Persembahannya mirip gaya bahasa Minang loghat daerah di Negeri Sembilan.

BUDAYAKegiatan
PERBILANGAN

PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas