PAIP HABA | Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih banyak haba per unit keluasan daripada pengalir logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak. Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba, paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat. | UMUM | |
SUHU BADAN | Suhu badan ialah ukuran haba dalam badan haiwan. Badan haiwan mengeluarkan haba melalui pembakaran makanan.Tetapi haiwan juga kehilangan haba ke persekitarannya atau mendapat haba dari persekitarannya. | UMUM | |
PERISAI HABA | Perisai haba ialah penutup pada kon muncung kapal angkasa atau roket. Ia melindungi angkasawan dan peralatan daripada haba yang amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba melalui geseran terhadap permukaan kapal angkasa. | UMUM | |
PAM HABA | Pam haba ialah peranti yang mengambil haba dari satu kawasan dan menghantarnya ke kawasan lain pada suhu yang lebih tinggi. | UMUM | |
PAM HABA | Pam haba ialah mesin atau alat yang menggerakkan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui satu proses kerja. | FIZIK | Alat/Alatan |
PULAU HABA BANDAR | Peningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan suhu di kawasan sekitarnya (luar bandar). Perbezaan suhu amat jelas pada waktu malam dengan perbezaan dalam lingkungan 6° hingga 12°C. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
HABA | Haba ialah salah satu bentuk tenaga yang paling penting. | UMUM | |
TERMOGANDINGAN | Termogandingan ialah peranti elektrik yang menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan dibuat dengan memintal hujung dua dawai berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan. Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang disambungkan kepada satu daripada dawai di antara simpangan akan menunjukkan pengaliran arus termoelektrik (dijana oleh haba). | UMUM | |
TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |
STROK MATAHARI | Strok matahari ialah nama biasa bagi keadaan seseorang akibat dari suhu badan yang terlampau panas. Para doktor kebiasaannya menggunakan istilah yang lebih tepat iaitu strok haba dan kelesuan haba. Strok matahari ialah satu daripada jenis strok haba yang disebabkan oleh terlampau lama atau terlalu banyak terkena sinaran matahari. | UMUM | |