Bosch, Carl (1874–1940) ialah ahli kimia dan usahawan Jerman. Dia menjadi terkenal kerana mencipta proses makmal eksperimen menjadi kaedah pengeluaran komersial. Pada tahun 1910, Fritz Haber mempaten kaedah membuat ammonia daripada hidrogen atau nitrogen atmosfera. Bosch menyesuaikan proses ini bagi penggunaan industri. Dia juga membantu mengembangkan secara komersial proses menghidrogenkan batu arang dan minyak, yang ditemui oleh Friedrich Bergius. Bosch dan Bergius berkongsi Hadiah Nobel tahun 1931 untuk kimia. |