HADRAH | HADRAH, seni pentas yang mengandungi nyanyian, tarian dan lakonan diiringi paluan rebana dan gong. Hadrah mempunyai kaitan dengan zaman awal Tamadun Islam di Tanah Arab kerana nyanyian hadrah mengandungi perkataan Arab. Hadrah biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau berkhatan di Perlis, Kedah, Seberang Perai dan Perak. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN TRADISIONAL | TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |