Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hadramaut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH

SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH (1898-1981) , ulama dan pendakwah. Dia lahir pada 11 Disember 1898 di Jalan Pisang, Singapura. Sayid Abu Bakar berasal daripada keturunan Arab Sayid al-Attas. Dia mendapat pendidikan awal dari sekolah Arab dan Melayu di Kampung Pisang, Singapura.  Oleh sebab penduduk Kampung Pisang majoritinya orang Melayu, dia menjadi biasa dengan adat dan tradisi orang Melayu.  Dalam usia belasan tahun Sayid Abu Bakar  telah dihantar oleh keluarganya belajar di Hadramaut, Yaman, bagi mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab.  Ketika usianya 21 tahun, dia sudah hafaz sebuah al-Quran. Dia mempelajari ilmu agama dan menghafaz al-Quran di salah sebuah madrasah di Tarim, Hadramaut. Dia juga memperoleh ijazah Aliyah (Sarjana Muda).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK PELAMTUK PELAM (  ? – 1820), ulama.  Dia lahir di Hadramaut.  Nama sebenarnya ialah Syekh Abdullah bin Syekh Abdul Aziz Akhiru Indallah.  Semasa muda, Tuk Pelam pernah mengembara hingga ke China.  Semasa di sana, dia belajar mengukir.  Kemahirannya ini terlihat pada ukiran di surau dan di kubah kuburnya yang dihasilkannya sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN HABIB ABDUL MAJIDTUN HABIB ABDUL MAJID ( ? -1697), Bendahara Johor.  Dia juga dikenal sebagai Tun Abdul Majid.  Dia menjadi Bendahara Johor dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja.  Terdapat dua versi mengenai keturunan Tun Abdul Majid.  Kedua-duanya dihubungkan dengan Syed dari Hadramaut.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK PULAU MANISTUK PULAU MANIS (  ? - ? ), ulama.  Nama sebenarnya ialah Syekh Abdul Malek bin Abdullah.  Dia lahir pada sekitar tahun 1050-an atau 1060-an H. di Kampung Pauh, Hulu Terengganu.  Dia berasal dari Yaman atau Hadramaut.  Semasa remaja, dia sering mengikut bapa saudaranya berdagang dan belajar di serata ceruk rantau di samping berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HABIB HASAN SAYED AHMAD

HABIB HASAN SAYED AHMAD (1840-an-1932), usahawan dan dermawan. Dia lahir sekitar tahun 1840-an di Kampung Pulau Malana, Pahang. Bapanya, Sayed Ahmad bin Hassan al-Attas, seorang pedagang yang berasal dari Hadramaut, berpindah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan menetap di Pahang. Kemudian dia berkahwin dengan seorang gadis tempatan dan hasil daripada perkahwinan inilah lahir Habib Hasan sebagai anak lelaki tunggal mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN

UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN, salah satu undang-undang dalam apa yang umumnya dikenal sebagai adat temenggung.  Undang-undang ini dikenal juga sebagai Undang-Undang Perak.  Undang-undang ini disusun pada abad ke-18 oleh Sayid Husain al-Faradz dan Hadramaut dan digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi menteri di Perak selama beberapa generasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYED HARUN JAMALULLAIL

SYED HARUN JAMALULLAIL (1737-1825), penghulu pertama mukim Arau, Perlis. Beliau bertanggungjawab meneroka dan membuka mukim Arau. Syed Harun Jamalullail juga merupakan generasi awal keturunan Jamalullail yang akhirnya menjadi raja dan memerintah negeri Perlis. Ayahnya Syed Ahmad Jamalullail berasal dari negeri Hadramaut, Tanah Arab, manakala ibunya Syarifah Aminah, berasal dari Alor Setar, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK KU TUAN BESARTUK KU TUAN BESAR (1795 -1878), ulama dan penulis.  Dia lahir di Cabang Tiga, Kuala Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Muhammad bin Zainal Abidin.  Tuk Ku Tuan Besar berketurunan Sayid al-Idrus.  Nenek moyangnya datang dari Hadramaut dan tiba ke Terengganu pada akhir abad ke-18.  Bapanya adalah seorang peniaga beras yang berulang-alik dari Jawa ke Terengganu dan kemudiannya menetap di situ setelah berkahwin dengan anak Sayid Muhammad Mustafa al-Idrus (golongan sayid terawal di Terengganu).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK KU PALUHTUK KU PALUH (1817-1917), ulama.  Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.  Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut.  Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.  Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.  Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.  Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas