Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948  M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan  ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh  ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn  ‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia  sering bersendirian dalam usaha mendapatkan  ijazah daripada gurunya sebagaimana dia  bersendirian dalam mencari ilmu daripada para  ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya  untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya,  kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian  sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada  orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad  hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil  karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al-   Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj   ‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al-   Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al-   Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al-  Asbahaniy hidup selama 94 tahun.  |