Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai] | هاي

Definisi : 1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian Mukmin, taatlah kamu kpd Allah; 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan): ~, malangnya nasib diri; kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita; 3. sr kata utk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai] | هاي

Definisi : 1 kata seru utk menegur, menarik perhatian dll: ~! Apa khabar? 2 kata seru utk melahirkan sesuatu perasaan atau keluhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hai

Puisi
 

Hai memukatlah orang tatang gosong,
     Tanai si Jakek mato Aji;
Untunglah omak nan menolong,
     Maka terjejak tanah sepi.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAI SAN

Hai San, kumpulan kongsi gelap di Tanah Melayu. Pada awal penubuhannya, kumpulan ini dikuasai oleh masyarakat Kanton.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERJANJIAN PANGKOR

PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak.  Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
BEIJING

Beijing, ibu negara China. Ia juga dikenali sebagai Peking. Beijing dilingkari oleh Daerah Hebei yang terletak di pinggir dataran utara China, kira-kira 110 km ke barat laut Teluk Bo Hai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas