HAKISAN GLASIER | Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
HAKISAN OMBAK | Hakisan ombak, proses hakisan yang berlaku akibat tindakan ombak di pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
HAKISAN | Hakisan ialah proses semula jadi apabila batu dan tanah pecah melerai dari permukaan bumi di suatu tempat dan bergerak ke tempat lain | UMUM | |
HAKISAN PANTAI | Hakisan pantai, hakisan yang berlaku di zon berhampiran dengan laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
HAKISAN AIR | Hakisan air, proses yang berlaku akibat tindakan air larian ke atas permukaan yang lembut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
HAKISAN ANGIN | Hakisan angin, fenomena yang berlaku di kawasan kering dan gersang di dunia seperti di gurun panas dan separa gurun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Fenomena |
TANAH TANDUS | Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun bukit juga memainkan peranan untuk membentuk tanah tandus. | UMUM | |
AIR TERJUN | Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ). | UMUM | |
TAWANAN SUNGAI | Sungai yang mempunayi daya hakisan yang lebih kuat memotong sebatang sungai lain menarik masuk alirannya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ALIRAN GELORA | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |