Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halaqah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHMUD JUNUS

MAHMUD JUNUS (? –1982), penulis dan pelopor pembaharuan pendidikan Islam Indonesia. Dia lahir di Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya seorang ketua adat, manakala datuknya seorang ulama. Mahmud mendapat pendidikan asas dan pengajian al-Qur’an sejak kecil lagi. Dia belajar di Madras Schools, sekolah agama yang memakai sistem kelas, yang didirikan oleh Syekh H.M. Thaib Umar, pelopor Kaum Muda. Pada sebelah malam, dia mengikuti pengajian halaqah. Kemudian, Mahmud menggantikan gurunya mengajar agama dan bahasa Arab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU

SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau.  Nama sebenarnya ialah M. Rasul.  Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat.  Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin.  Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901.  Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas