Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hal.ban] | هلبن

Definisi : , haleban 1. sj tumbuhan (pokok), gading kahwa, pokok galang dapur, Vitex longisepala; 2. sj tumbuhan (pokok), leban (bunga, hitam, kunyit, nasi-nasi, tanduk), Vitex pubescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halban


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERIKERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput­ rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat dari­pada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban.BUDAYAAlat/Alatan
TUMBUK KALANGTUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau.  Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi.  Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan.  Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang.BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
TAJAK

TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah.  Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat.  Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi.  Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm.  Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas