HALIA | | UMUM | |
REMPAH | Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain kerana baunya. Manusia di seluruh dunia menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih, halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis. | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
SOSEJ | Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. | UMUM | |
SINGGANG | SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang. | BUDAYA | Makanan |
SERUNDING | SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah. Masakan ini halus, kering dan berderai. Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus. Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia. Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering. | BUDAYA | Makanan |