Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.par] | همڤر

Definisi : ; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar; menghampar 1. terbuka luas, terpapar: ta­nah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, mene­rang­kan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih; menghamparkan 1. membentangkan (ti­kar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn pan­jang lebar); terhampar 1. terbentang, terbuka luas: ta­nah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg mengu­ning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; sehamparan satu hamparan: orang Sepan­yol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak me­mugut pajak dan ufti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.par] | همڤر

Definisi : ; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatan­nya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permai­dani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampar
Kata Terbitan : menghampar, terhampar, hamparan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHAMMAD HATTA

MOHAMMAD HATTA (1902-1980), pejuang kemerdekaan dan Naib Presiden Republik Indonesia (1948-1956).  Dia lahir pada 12 Ogos 1902 di Bukittinggi, Sumatera Barat.  Keluarga sebelah bapanya terkenal warak dan datuknya sendiri seorang ulama terkenal di Batu Hampar.  Da mendapat pendidikan awal selama dua tahun di Sekolah Rakyat Bukittinggi dan kemudian berpindah ke sekolah Belanda di Padang (1913-1916).  Selepas melanjutkan pelajarannya di Maer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), dia berpindah ke Betawi pada tahun 1919 untuk menyambung pelajarannya di Prins Hendrik School, dalam bidang perdagangan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHYA NAZIMYAHYA NAZIM (1919-    ), nasionalis.  Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor.  Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua.  Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah.  Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut.  Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas