MOHAMMAD HATTA | MOHAMMAD HATTA (1902-1980), pejuang kemerdekaan dan Naib Presiden Republik Indonesia (1948-1956). Dia lahir pada 12 Ogos 1902 di Bukittinggi, Sumatera Barat. Keluarga sebelah bapanya terkenal warak dan datuknya sendiri seorang ulama terkenal di Batu Hampar. Da mendapat pendidikan awal selama dua tahun di Sekolah Rakyat Bukittinggi dan kemudian berpindah ke sekolah Belanda di Padang (1913-1916). Selepas melanjutkan pelajarannya di Maer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), dia berpindah ke Betawi pada tahun 1919 untuk menyambung pelajarannya di Prins Hendrik School, dalam bidang perdagangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
YAHYA NAZIM | YAHYA NAZIM (1919- ), nasionalis. Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor. Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua. Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah. Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut. Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |