Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up about st, (usu pass.), [various translations]: he’s hung up about meeting new people, dia malu utk bertemu dgn orang-orang yg belum dikenalinya; his mother is hung up about being on her own, ibunya takut tinggal seorang diri; ~ up on so., a. put down telephone receiver, meletakkan gagang telefon: she hung up on me every time I called her, dia meletakkan gagang telefon setiap kali saya menelefonnya; b. (usu pass.), (sl) have an obsession about so., tergila-gilakan sso: she’s hung up on that fellow, dia tergila-gilakan lelaki itu; ~ up on st, see ~ up about st; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ up, a. suspend with a string, cord, etc, menggantungkan: he does not ~ up his clothes after taking them off, dia tdk menggantungkan pakaian selepas menanggalkannya; b. place on chair, hook, etc, menyangkutkan; c. put telephone receiver down, meletakkan gagang telefon: he hung up before I had finished talking, dia meletakkan gagang telefon sebelum saya habis bercakap; d. (usu pass.) delay, tergendala: the peace talks were hung up because of renewed fighting, perbincangan perdamaian tergendala krn pertempuran meletus semula; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ together, a. co-operate, unite, bersatu: we shall succeed if we ~ together, kita akan berjaya jika kita bersatu; b. be cohesive, sepadu: the story does not ~ together as the plot keeps changing, cerita itu tdk sepadu krn plotnya sentiasa berubah-ubah; c. be consistent, selaras: the witnesses’ accounts don’t ~ together, keterangan-keterangan saksi tdk selaras; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ over, a. overhang, menjulai: the branches hung over the water, dahan-dahan itu menjulai ke air; b. suspend from a surface to cover, menggantung(kan) [sst] di: she hung her favourite paintings all over the wall, dia menggantungkan lukisan-lukisan kegemarannya di merata dinding; c. about to happen to, menyelubungi, mengelubungi: (to individual) selalu /mengganggu, menghantui/ fikiran: the threat of a nuclear war is ~ing over us, ancaman akan terjadinya perang nuklear menyelubungi kita; the final examination is ~ing over me, peperiksaan akhir selalu mengganggu fikiran saya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out, a. lean out, menjulurkan kepala: children love ~ing out of car windows, kanak-kanak suka menjulurkan kepala di tingkap kereta; b. (of tongue) terjelir: the thirsty dog was panting and its tongue was ~ing out, anjing yg kehausan itu terengah-engah dan lidahnya terjelir; c. (sl) live, duduk: he ~s out at his brother’s place in the mean time, dia duduk di rumah abangnya buat masa ini; d. (sl) spend a lot of time, lepak; ~ st out, a. (washing etc), /menyidai, mengampaikan/ sst; b. (flag) mengibarkan, memasang: the shopkeepers hung out the flags on Independence Day, pekedai-pekedai mengibarkan bendera pd Hari Kemerdekaan; c. (sign) menggantungkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ on to, a. hold tightly, memegang kuat-kuat; (so’s arm, rope, branch, etc) berpaut pd: she held onto the book as though she would never let it go, dia memegang buku itu kuat-kuat seolah-olah dia tdk akan melepaskannya; he hung on to the rope in desperation, dia berpaut pd tali itu dlm keadaan terdesak; b. keep, retain, tdk melepaskan: I am ~ing on to those shares although the value has gone down, saya tdk akan melepaskan saham-saham itu walaupun nilainya telah turun; c. find support in, tempat bergantung: I have nothing to ~ on to since my family deserted me, saya tdk ada tempat bergantung semenjak keluarga saya meninggalkan saya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ on, a. continue holding or doing st, bertahan: you must ~ on till we find a longer rope, kamu mesti bertahan sehingga kami mendapat tali yg lebih panjang; the villagers hung on till help came, penduduk-penduduk kampung itu bertahan sehingga bantuan tiba; b. (colloq) wait a while, tunggu sekejap; ~ on st, bergantung kpd sst: our fate ~s on today’s voting, nasib kita bergantung kpd pengundian hari ini; ~ on /so’s word, lips/, mendengar setiap kata sso dgn penuh perhatian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ down, bend downward, trail, a. (gen) terjuntai-juntai: the creepers hung down from the balcony, tumbuhan jalar itu terjuntai-juntai dr langkan itu; b. (of hair) mengurai, terurai: her hair hung down to her waist, rambutnya mengurai hingga ke pinggang; c. (of branch due to the weight of its fruits) meluyut: the branches hung down with the weight of the oranges, dahan-dahan meluyut krn lebatnya buah-buah oren itu; ~ down o’s head, /menekurkan, menundukkan/ kepala, tunduk: the boy hung down his head in shame, budak lelaki itu menekurkan kepalanya krn malu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ by, tergantung-gantung pd: he was discovered along the cliff ~ing by a thick rope, dia dijumpai di tepi tebing tergantung-gantung pd tali yg tebal; ~ by a /hair, (single) thread/, seolah-olah bergantung pd sehelai rambut: his life hung by a hair, nyawanya seolah-olah bergantung pd sehelai rambut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ behind, a. be slow to join, tertinggal di belakang: when we go shopping she is always ~ing behind to take a closer look at things, apabila kami pergi membeli-belah dia selalu tertinggal di belakang krn leka membelek barang-barang; b. linger in a place, masih tinggal di situ: a few students hung behind to talk to their teacher, beberapa orang pelajar masih tinggal di situ utk bercakap-cakap dgn guru mereka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ back, hesitate (to do st) teragak-agak (membuat sst): most of the children dashed across the road but two hung back, kebanyakan budak itu meluru menyeberang jalan tetapi dua orang daripadanya teragak-agak; when the call for volunteers came, no one hung back, apabila ada panggilan utk berkhidmat secara suka rela tiada siapa pun yg teragak-agak utk menyertainya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ / about, around /, (colloq) a. stand or loiter about, membuang-buang waktu, melepak-lepak: many young people can be seen ~ing around shopping complexes, ramai anak muda kelihatan membuang-buang waktu di kompleks beli-belah; b. dawdle, berlengah-lengah: don’t ~ about, we’re already late, jangan berlengah-lengah, kita sudah terlambat; c. stay close to, mengekori: there are always people ~ing around him, sentiasa ada orang yg mengekorinya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /heavy, heavily/, (of time) berlalu begitu /perlahan, lambat/; ~ it (all) see DAMN (damn it all); ~ o’s head, see ~ down o’s head; go ~, (sl) pergi jahanam: I‘ll write what I want and the critics can go ~, saya akan menulis apa yg saya hendak dan pergi jahanam dgn para pengkritik; / I’ll be, I’m / ~ed, see DAMN (/I’ll be, I’m/ ~ed); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : d. (by fixing onto st) memasang: to ~ wallpaper, memasang kertas hias dinding; 2. put to death by hanging as capital punishment, menghukum gantung: murderers are no longer ~ed in that country, pembunuh tdk lagi dihukum gantung di negara itu; 3. kill by hanging, menggantung: the murderer ~ed his victims, pembunuh itu menggantung mangsa-mangsanya; ~ os, menggantung diri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. suspend, a. (by a string, cord, etc) menggantung(kan): he hung the portrait in the bedroom, dia menggantungkan potret itu di bilik tidur; to ~ new curtains, menggantung langsir baru; b. (by placing onto a chair, hook, etc) menyangkutkan: he ung his shirt on the back of the chair, dia menyangkutkan kemejanya di penyandar kerusi itu; c. (by spreading on clothes-line, string, etc) menyidai, mengampaikan: she hung the wet towel on the towel rail, dia menyidai tuala yg basah itu di penyidai tuala; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. be suspended, a. (gen) tergantung: the picture used to ~ there, gambar itu pernah tergantung di situ; b. (by being placed on a chair, hook, etc) tersangkut; c. (by being spread on a clothes-line, string, etc) tersidai, terampai: the washing is still ~ing on the line, basuhan itu masih tersidai di ampaian; 2. be executed by hanging, digantung: he was to ~ for her murder, dia akan digantung krn membunuh wanita itu; 3. be attached on a hinge, terpasang: the door hung crookedly, pintu itu terpasang senget; 4. fall, flow, a. (of clothes etc) tergantung, menirai: the soft woollen material ~s beautifully, kain bulu yg lembut itu tergantung dgn cantiknya; b. (of hair), (jatuh) terurai: her waist-length hair hung loose, rambutnya yg panjang separas pinggang jatuh terurai; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : get the ~ of, (colloq) a. grasp the meaning of, menangkap: I couldn’t get the ~ of his argument, saya tdk dapat menangkap hujahnya; b. get the knack of how st works etc, pandai + approp v: I can’t get the ~ of this new computer, saya tdk pandai menggunakan komputer baru ini; not /give, care, etc / a ~, (colloq) tak /kisah, peduli/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n way a thing hangs, cara [sst] /tergantung, menirai/: the ~ of the curtain isn’t quite right, cara langsir itu tergantung tdk berapa kena; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hang

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mulut hang lebih daripada gedembai.

Bermaksud :

Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HANG JEBAT UMUM 
HANG TUAH SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT HANG TUAH UMUM 
PINGAT HANG TUAHPINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini.BUDAYAAnugerah/Hadiah
KESULTANAN MELAYU

KESULTANAN MELAYU, institusi kerajaan bagi Ke­dah, Perak, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perlis, Pa­hang dan Johor. Kerajaan pula ialah institusi pemerintahan bagi Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BUKIT CHINA

BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AWANG SEMAUN

AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera  sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya.

SASTERAKonsep
KAMPUNG HULU

KAMPUNG HULU,  kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULASTIN SUTRISNO

SULASTIN SUTRISNO (1924 – 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia.  Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950.  Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta.  Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda.  Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979.  Disertasinya yang berjudul Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983.  Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun.

SASTERATokoh

Kembali ke atas