Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai han­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, men­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit

Puisi
 

Masak udang dalam perahu,
     Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
     Budi hangus menjadi arang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GUA NIAH

GUA NIAH, salah sebuah gua yang terbesar di dunia. Gua Niah juga merupakan tapak arkeologi yang terkenal di Asia Tenggara kerana mempunyai bukti kewujudan manusia lebih kurang 40 000 tahun dahulu. Gua Niah terletak di kompleks batu kapur Niah-Subis, lebih kurang 50 km dari bandar Miri, Sarawak. Gua Niah berada pada ketinggian 48.9 m dari aras laut dengan garis tegak 3° 49’ 09’’ U dan garis bujur 113° 46 42’’ T. Gua Niah mempunyai enam pintu masuk utama, iaitu Kuala Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan, Gan Kira dan Tahi Menimbun. Pintu Kuala Besar merupakan pintu terbesar sekali dengan kelebaran lebih kurang 244 m, ketinggian hingga 61 m dan lantai gua seluas 10.5 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas