Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. |