| HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN | Novel pertama karya Anwar Ridhwan. Novel ini memenangi “Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah” yang diadakan pada tahun 1979. Kemudian novel ini diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. | SASTERA | Karya |
| MUSIM PANAS | Musim panas ialah musim yang paling panas dalam setahun. Hemisfera Utara, iaitu separuh bahagian bumi di utara, mengalami musim panas pada akhir bulan Jun, Julai, Ogos, dan awal September. Hari-hari bak hari musim panas kadangkala berlaku pada pertengahan musim luruh. Di Hemisfera Selatan, musim panas bermula dari akhir bulan Disember hingga awal bulan Mac. Untuk tarikh hari pertama musim panas dan perincian tentang kedudukan bumi dan matahari Lihat juga Musim. | UMUM | |
| AYYAM AL-‘ARAB | Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini disampaikan oleh para pencerita Arab dan diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan kekurangan sumber kekayaan di padang pasir. Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al- ‘Arab . | UMUM | |
| SANTA MARTA | Santa Marta (pend. 218 205) ialah pelabuhan laut berhampiran hujung utara Colombia. Untuk lokasi, lihat Colombia (peta). Bandar ini penting sebagai pusat kapal penghantaran pisang. Beberapa tahun dahulu bandar ini menjadi tempat yang digunakan oleh para pengembara untuk memulakan usaha mencari El Dorado. Santa Marta diasaskan pada tahun 1525 oleh Rodrigo de Bastidas, ahli pelayaran dan penjelajah Sepanyol. Ia adalah petempatan tetap yang tertua di Amerika Selatan. Tidak jauh dari situ ialah hacienda (estet) San Pedro Alejandrino dan di sinilah pembebas Amerika Selatan, Simón Bolívar menghabiskan hari-hari terakhirnya sebelum meninggal dunia pada tahun 1830. Lihat juga El Dorado. | UMUM | |
| PERJUDIAN BOLA SEPAK | Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk perjudian yang popular di United Kingdom. Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang yang bermain judi ini mendengar dengan cemas siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu pada musim perlawanan bola sepak. Mereka berharap telah membuat ramalan yang tepat dan memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas yang dikenali sebagai panel perjudian membuat penetapan tentang keputusan yang mungkin tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi berasaskan keputusan panel tersebut. | UMUM | |
| YOM KIPPUR | Yom Kippur ialah hari pengampunan dan hari berpuasa yang suci bagi orang Yahudi. Hari tersebut berada pada sekitar bulan September dan Oktober, atau dikenali dalam bulan Yahudi sebagai Tashreen. | UMUM | |
| RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
| HARI VALENTINE | | UMUM | |
| HARI TAHUN BARU | | UMUM | |
| HARI RABU ASH | | UMUM | |