PAJAKAN | Pajakan ialah kontrak antara individu yang mempunyai hak yang sah ke atas tanah atau harta lain dengan penyewa harta berkenaan. | UMUM | |
PEWARISAN | PEWARISAN, pemindahan hak terhadap harta benda, jawatan dan kedudukan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, pewarisan harta benda atau jawatan boleh dibuat semasa seseorang masih hidup ataupun selepas dia meninggal dunia. Harta benda yang boleh diwariskan termasuklah tanah, rumah, barang kemas, harta-harta lain yang boleh dinilaikan dan barang-barang peribadi. Jawatan pula lebih merupakan jawatan simbolis lanjutan daripada struktur sosiopolitik Melayu tradisi. | BUDAYA | Konsep |
SISTEM TORRENS | Sistem Torrens ialah sistem untuk mendaftarkan geran harta tetap (tanah dan bangunan). Sistem ini diambil daripada nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858. Tujuan sistem ini ialah untuk menjadikan pemindahan hartanah adalah mudah dan selamat seperti pemindahan harta lain dan mengakhiri pemeriksaan geran yang berulang kali. | UMUM | |
KHARAJ | Kharaj ialah sebahagian harta yang diambil ke atas tanah yang dibuka oleh orang Islam, dan dibahagi-bahagikan antara mereka, seperti pembahagian harta rampasan perang atau tanah yang ditetapkan oleh pemerintah Islam untuk terus dimiliki oleh orang bukan Islam. | UMUM | |
PRIMOGENITUR | Primogenitur ialah sistem pewarisan yang diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka (tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya. | UMUM | |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
ESTET | Estet ialah istilah undang-undang yang merujuk kepada keseluruhan harta yang dimiliki oleh seseorang individu. Istilah ini juga merujuk kepada hak atau kepentingan seseorang dalam sesuatu bidang tanah. | UMUM | |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
MU'AMALAT | Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu barangan seperti pakaian, rumah dan tanah kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya dalam suatu tempoh masa tertentu dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis dengannya mengikut kadar penambahan tertentu. Ia termasuk dalam jual beli yang haram. Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah. | UMUM | |
BUKU DOMESDAY | Buku Domesday ialah rekod rasmi pertama pemegang harta yang tinggal di England dan keluasan tanah yang menjadi milik mereka. Maklumat ini dikumpulkan dan direkodkan atas arahan William Si Penakluk pada tahun 1086, iaitu 20 tahun selepas dia dan pengikutnya dari Normandy menyeberang Selat Inggeris dan menakluk England. | UMUM | |