ARU (HARU) | Kerajaan lama yang berpusat di daerah Deli moden dan disebut sebagai negeri jajahan Majapahit dalam Negarakertagma (1365). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
LANGKAT | LANGKAT, bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau, ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAMPE | KAMPE, pelabuhan perdagangan sekitar abad ke-7 M. Kampe atau Pulau Kampai terletak di kecamatan Teluk Haru, kabupaten Langkat, Propinsi Sumatera Utara. Penduduk tempatan ialah suku bangsa Melayu berasal dari Kedah yang berpindah secara besar-besaran ketika Kedah diserang Siam sekitar tahun 1837. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DELI | DELI, kerajaan Melayu di Sumatera Utara, lanjutan daripada kerajaan Deli Tua. Kerajaan Deli dahulu pernah dikenal sebagai Kerajaan Haru atau Guri, dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1540. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |