Nabi Harun a.s. ialah salah seorang dari kalangan nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Harun a.s. merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s. Allah SWT mengutuskan baginda sebagai rasul bersama Nabi Musa a.s. untuk menolongnya berdakwah. Allah SWT memperkenankan doa Nabi Musa a.s. untuk menjadikan Harun sebagai pembantu dalam menyampaikan dakwah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Supaya mereka faham perkataan Ia. Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku”. |