| PEKANBARU | PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
| RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
| REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
| PTOLEMY | Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana mendapati bahawa dia telah membuat kajian bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul Mathematike Syntaxis , atau Mathematical Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud yang agung . | UMUM | |
| BATU TUNGGUL | Batu tunggul, bentuk muka bumi tebing tinggi di tepi pantai yang terbentuk hasil pukulan ombak. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
| KABUS | Kabus, wap air yang kelihatan seperti asap terbentuk hasil pertemuan udara panas dengan udara sejuk melalui proses pemeluwapan yang berlaku berhampiran dengan permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| TAMBAK RAKSASA | Tambak Raksasa merupakan pembentukan palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya daripada legenda lama bahawa tambak tersebut dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland, menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba. Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil daripada pengecutan aliran lahar. Lihat juga Basalt. | UMUM | |