VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
LEMBU PEDAGING | Lembu pedaging, haiwan daripada genus Bos, tergolong dalam famili Bovidae yang dipelihara untuk daging sebagai hasilan utama. | PERTANIAN | Konsep |
TERNATE | TERNATE, sebuah kerajaan pada abad ke-13 dan pulau penghasil rempah. Di samping menjadi kota pelabuhan, Ternate adalah pusat penyebaran Islam di kawasan timur Nusantara. Dari abad ke-13 hingga abad ke-17, Ternate menjadi ibu negeri Kepulauan Maluku. Hasilan utama Ternate ialah rempah, kopra ikan dan sumber laut yang lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |