| ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM | ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM (1891-1964), pemimpin kebangsaan Sarawak dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) (1947-1953). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN | HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN (1923 – 1988), ulama. Dia lahir pada tahun 1923 di Kampung Gucil Lama, Kuala Krai , Kelantan. Dia dikenal dengan nama Haji Abdul Rahman Sungai Durian. Dia mendapat pendidikan Islam pada peringkat awal daripada ayahnya sendiri, Tuk Lebai Sulaiman. Pendidikan formalnya bermula di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai hingga tamat Darjah Tiga, iaitu darjah tertinggi di sekolah pada masa itu. Dia ditawarkan untuk masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC), tetapi ayahnya mahu dia meneruskan pelajarannya dalam bidang agama untuk menjadi seorang ulama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD | HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, TAN SRI | ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, Tan Sri (1933- ), ahli politik, Yang Dipertua Dewan Negara (1988-1990). Dia lahir pada 26 Jun 1933 di Kuching, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| PUSAT PENYELIDIKAN HAJI | Pusat Penyelidikan Haji ialah sebuah pusat pendidikan yang membuat kajian menyeluruh tentang proses pelaksanaan haji di Makkah al- Mukarramah dan al-Madinah al-Munawwarah. Hasil kajian ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa. | UMUM | |
| RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN | RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN ( ? - 1926), hakim, kadi dan penulis. Dia berketurunan bangsawan dari Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Raja Haji Abdullah ialah anak Raja Hassan (m. 1882), cucu kepada Raja Ali Haji, serta sepupu Raja Khalid Hitam (m. 1914). Di Pulau Penyengat, Raja Haji Abdullah lebih dikenal sebagai Engku Haji Lah. Dia menggunakan nama pena Abu Muhammad Adnan Haji Abdullah al-Naqsyahamdi al-Khalidi dalam kebanyakan karyanya. | SASTERA | Tokoh |
| RAJA ALI HAJI | RAJA ALI HAJI (1809-1871/72), penulis dan cendekiawan Melayu Riau, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raja Ali bin Raja Haji Ahmad. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Raja Ali Haji adalah daripada keturunan Daeng Bugis. Ayahandanya, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), adalah adinda Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1805-1834). Dia dan keluarganya berpindah ke Pulau Penyengat. Dia digelar Engku Tua kerana jasanya kepada Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO' | ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| HAJI SULONG PATANI | HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |