NU‘MAN IBN MUQRAN, AL- | Nu‘man ibn Muqran, al- (?–21 H./?–642 M.) ialah salah seorang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang berhijrah ke Madinah. Dia berhijrah bersama-sama dengan tujuh orang saudaranya. Mereka menghadirkan diri dalam perutusan puak Muzaynah pada tahun kelima Hijrah. Mereka ialah kumpulan pertama mengikat janji setia dengan Rasulullah s.a.w. Al-Nu‘man turut menyertai Perang Khandaq, Perjanjian Hudaybiyah dan juga pembukaan Makkah. | UMUM | |
PORTUGUESE MAN-OF-WAR | Portuguese man-of-war ialah mahkluk terapung dalam laut panas yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun ia menyerupai ubur- ubur, ia sebenarnya terdiri daripada satu koloni beratus-ratus anggota. | UMUM | |
PEKING MAN | artifal sejarah | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
ISLE OF MAN | | UMUM | |
DOUGLAS | Douglas (pend. 20 368) ialah ibu negeri Isle of Man di Britain. Bandar yang menghadap Teluk Douglas di sebelah timur pulau ini, merupakan sebuah pusat percutian yang terkenal. | UMUM | |
ABU HANIFAH | Abu Hanifah (80 H.–150 H./699 M.–767 M.) ialah al-Nu’man ibn Thabit ibn Zutiy atau Zawtiy ibn Mah. Dia lahir di Kufah pada zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah, ‘Abd al-Malik ibn Marwan, dan dibesarkan serta menghabiskan kebanyakan masa hidupnya di Kufah, tetapi akhirnya dia pergi ke Baghdad dan meninggal dunia di sana. | UMUM | |
ELLISON, RALPH | Ellison, Ralph (1914–1994), penulis kulit hitam yang menjadi terkenal dengan novelnya yang bertajuk Invisible Man (1952). | UMUM | |
ERVINE, ST. JOHN | Ervine, St. John (1883–1971) ialah penulis novel dan drama Ireland terkenal dengan novelnya yang paling dikenali Mrs. Martin’s Man (1914), dan drama Mixed Marriage (1911), Anthony and Anna (1926), dan Robert’s Wife (1937). | UMUM | |
MA’ARRIY, ABU AL-‘ALA’ AL- | Ma’arriy, Abu al-‘Ala’ al- (363 H.–449 H./973 M.– 1057 M.), penyair Arab. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Abdullah ibn Sulayman ibn Muhammad ibn Sulayman al-Ma’arriy al-Tanukhiy. Salasiah datuknya berakhir pada al-Nu’man ibn ‘Adiy. Nama panggilannya Abu al-‘Ala’ dan dia menggelarkan dirinya ‘Rahin al-Muhbisin’ (tawanan penjara). ‘Muhbis’ yang dimaksudkan kerana dia hilang penglihatan, justeru dia mengurungkan diri di dalam rumah dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Dia lahir di Ma’arrah al-Nu’man, Syam, yang menurut sesetengah ahli sejarah dinisbahkan kepada al-Nu’man ibn ‘Adiy. | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |