| HEAD, BESSIE | | UMUM | |
| SELAT SAINT GEORGE | Selat Saint George ialah cabang selat di Lautan Atlantik yang memisahkan Wales dari bahagian selatan Ireland. Panjangnya lebih kurang 160 kilometer dan lebarnya antara 97 kilometer dan 160 kilometer. Selat ini bermula dari Holyhead dan Dublin hingga ke St. David’s Head, menyambungkan Laut Irish dengan Lautan Atlantik. | UMUM | |
| KIASAN | Kiasan ialah penggunaan kata dalam pola pemikiran dan ungkapan yang lazim. Misalnya, kita mungkin terbaca “The spy was cornered like a rat …. The crowd surged forward…. The redcoats withdrew…. Justice hung her head …. Here was mercy indeed!… The entire nation screamed vengeance.” | UMUM | |
| MONSARRAT, NICHOLAS | Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan The Master Mariner Running Proud (1979). Monsarrat yang lahir di Liverpool, England, berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah ke Kanada pada tahun 1953. | UMUM | |
| ARCHER, JOHN LEE | Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan- bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell, Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New Town. Bangunan-bangunan awam yang paling terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance Stores , Public Buildings dan Launceston Court House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland. | UMUM | |
| PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA | PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia. Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM). Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu ‘Head’, ‘Heart’, ‘Health’ dan ‘Hand’. Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu ‘Bersatu’, ‘Belajar’, ‘Bekerja’ dan ‘Berkhidmat’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |