Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bat] | هيبت

Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bat] | هيبت

Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
DRYDEN, JOHN

Dryden, John (1631–1700) ialah penulis Inggeris

yang hebat semasa zaman Pemulihan (kira-kira

dari tahun 1660 hingga tahun 1700). Dia turut

berjaya sebagai seorang penyair, dramatis dan

pengkritik sastera.

UMUM 
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 
DOSTOEVSKY, FYODOR

Dostoevsky, Fyodor (1821–1881) merupakan

salah seorang penulis paling terkemuka dalam

kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang

terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi

watak hebat. Watak yang bersifat individu dan

kompleks biasanya menghasilkan plot yang

dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat

antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia.

UMUM 
REFORMASI

Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun

1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia

membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan

sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan

pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan

ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib

Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu

Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian,

Protestanisme lahir di Eropah.

UMUM 
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS

Pertempuran Muktamad Lima Belas

merupakan pertempuran yang mempunyai kesan

dan makna yang hebat sehingga ia mengubah

sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya

dikenali sebagai pertempuran muktamad atau

penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang

ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga

tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian

telah berlaku.

UMUM 
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE

Smollett, Tobias George (1721–1771) ialah

salah seorang penulis novel awal Inggeris yang

hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak

teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala

lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama.

Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial

yang getir, dan semangat lucunya yang meluas.

UMUM 
OISTRAKH, DAVID

Oistrakh, David (1908–1974), pemain biola

Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana

tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang

lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti

Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich

mencipta muzik kamar dan konsert biola

untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin

yang terkenal dan guru biola yang cemerlang.

Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya,

Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di

seluruh dunia.

UMUM 
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT

Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917)

merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas

menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan

menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia

memperoleh ijazah perubatan di University of Paris.

Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya

ahli wanita British Medical Association. Dia

merupakan ketua jabatan London School of

Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson

lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital

yang mengambil sempena namanya.

UMUM 
123456

Kembali ke atas