Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.ta.man] | هنتمن

Definisi : 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONKUSI

Konkusi ialah sejenis gangguan sementara

terhadap fungsi otak akibat hentaman di kepala

yang berlaku secara tiba-tiba. Biasanya, konkusi

menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri yang

sementara, diikuti oleh hilang ingatan terhadap

peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas

kecederaan itu.

UMUM 
MEITNER, LISE

Meitner, Lise (1878–1968), ahli fizik kelahiran

Austria yang memegang peranan penting dalam

penemuan pembelahan nukleus (pembelahan

nukleus atom). Dari tahun 1934 hingga tahun 1938,

Meitner dan ahli kimia Jerman, Otto Hahn dan Fritz

Strassmann menyelidik tindak balas yang terjadi

apabila nuetron menghentam nukleus uranium.

Pada bulan Disember 1938, Otto Hahn dan Fritz

Strassmann mendapati bahawa hentaman seperti itu

menghasilkan nukleus barium, sejenis unsur kimia

yang lebih ringan daripada uranium.

UMUM 
BAHAN LETUPAN

Bahan letupan ialah bahan yang menghasilkan tindak balas yang pantas apabila dicucuh haba atau menerima hentaman kuat.

KIMIAAlat/Alatan

Kembali ke atas