RACUN HERBA | Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun herba untuk menghapuskan rumpai di laman, taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan lain. | UMUM | |
HERBA | | UMUM | |
MARJORAM | Marjoram ialah nama popular bagi sekumpulan herba yang tergolong dalam famili pudina. Herba ini tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan di Asia. Marjoram juga dinamakan sebagai oregano. | UMUM | |
LIKUORIS | Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan. Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin, kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih daripada satu musim pertumbuhan. | UMUM | |
GULAI | GULAI, lauk berkuah. Bahan utama gulai ialah daging, ikan air tawar atau ikan laut yang dimasak bersama-sama santan, dicampur rempah dan herba-herba lain. Di utara Semenanjung, gulai dikenal sebagai kari. Masakan ini berasaskan kari ala-India. Di tempat-tempat lain di Semenanjung,kari tidak termasuk dalam kategori gulai. | BUDAYA | Konsep |
TENGGEK BURUNG | Tanaman herba | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
TEMU LAWAK | Tanaman herba | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
PORTULAKA | Portulaka ialah nama sekumpulan herba yang mempunyai bunga kecil berwarna merah, kuning, samar, putih, atau ungu. Lumut ros di Brazil, yang ditanam sebagai bunga taman, tumbuh leper di atas tanah atau setinggi 30 sentimeter. Daunnya halus, berisi, kira-kira 2.5 sentimeter panjangnya. Portulaka laman dapur yang juga dikenali sebagai purslane , tumbuh kira-kira 45 sentimeter tingginya dan mempunyai bunga kuning terang kira-kira 15 milimeter lebarnya, dan daun yang lebar. | UMUM | |
POKEWEED | Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang tinggi dan bercabang dengan bunga hijau – keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan ke barat Amerika Utara dan ke benua lain. Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi. | UMUM | |