SENI HIAS | Seni hias ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai kategori termasuk perabot, kerja kayu, dan kaca. Istilah seni hias juga merujuk kepada seramik (porselin dan tembikar) dan kerja logam (emas, perak, gangsa, dan logam-logam lain). | UMUM | |
SENI KERTAS | Seni kertas merujuk kepada penggunaan kertas hias. Manusia mereka bentuk dan menggunakan kertas demikian sejak bertahun- tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum. | UMUM | |
KERTAS HIAS DINDING | | UMUM | |
TAMPAL HIAS | Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan hiasan. | UMUM | |
GELANG BATU | GELANG BATU, gelang tangan masyarakat prasejarah. Gelang batu diperbuat daripada batu berbentuk bulat dan tidak mempunyai sebarang pola hias tertentu. Teknologi pembuatan gelang batu pada zaman Neolitik diteruskan hingga pada awal zaman logam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TERA AIR | Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada penggelek hias mesin Fourdrinier (lihat Kertas [gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang ditandakan dengan tera air sering digunakan pada dokumen penting untuk membantu mencegah peniruan atau pemalsuan. | UMUM | |
CORAK PUCUK REBUNG | CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
DRAMA PENTAS | DRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KAIN PELEKAT | KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur. | BUDAYA | Kraf Tangan |