Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.da.yat] | هداية

Definisi : , hidayah Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk: akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam; menghidayatkan memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan soleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.da.yat] | هداية

Definisi : sesuatu yg menjadi panduan atau pimpinan drpd Allah; bimbingan; pe­tunjuk: Muhammad pesuruh Allah yg di­utus utk membawa ~ dan agama yg benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidayat
Rujuk :tunjuk, petunjuk,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIDAYAT AL-SALIKIN SASTERAKitab
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab Hidayat

al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al-

Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al-

Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam

Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan

Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l-

Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-

Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al-

Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.

UMUM 
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL-

Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

(1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama

penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia

adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam,

Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah,

berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak

kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam

untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil

karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa

Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al-

Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al-

Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud-

Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al-

Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al-

Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al-

Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat

Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al-

Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn

Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al-

Banna meninggal dunia di Kaherah.

UMUM 

Kembali ke atas