RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY | Rancangan Pergunungan Snowy ialah projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera Awam Amerika menggelarnya sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan. | UMUM | |
EMPANGAN KENYIR | Empangan Kenyir ialah salah sebuah empangan di Malaysia yang dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik dan menjadi empangan terpenting untuk sumber tenaga negara. | UMUM | |
EMPANGAN DNEPROGES | Empangan Dneproges, empangan konkrit yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan industri di republik itu. | UMUM | |
TASIK MANAPOURI | Tasik Manapouri ialah salah sebuah tasik yang paling cantik di Pulau Selatan, New Zealand. Tasik tersebut juga menjadi tapak stesen kuasa hidroelektrik bawah tanah yang besar. Manapouri ialah perkataan Maori yang bermakna tasik hati yang berduka . Panjangnya 19 kilometer di bahagian yang terpanjang dan lebarnya 10 kilometer di bahagian yang terlebar dan dalamnya 433 meter. Tasik ini dipenuhi pulau-pulau. Kawasan di sekitarnya merupakan tempat peranginan yang popular. | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
EMPANGAN BAKUN | Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SUNGAI ORANGE | Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat menyeberangi bahagian selatan benua Afrika. Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran. Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi). | UMUM | |
SANTOS | Santos (pend. 411 023) ialah bandar pelabuhan yang utama di Brazil. Ia terletak di pinggir laut tenggara Brazil, lebih kurang 40 kilometer dari São Paulo, sebuah bandar besar. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). Santos didirikan di sebuah pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan dengan tanah besar Brazil. Pengeluaran besi dan keluli, keluaran petroleum dan kuasa hidroelektrik turut memberikan sumbangan kepada ekonomi bandar ini. Kebanyakan orang yang tinggal di Santos bekerja di São Paulo. | UMUM | |
SUNGAI WAIKATO | Sungai Waikato ialah sungai yang paling panjang di New Zealand. Sungai ini berpunca di Gunung Ruapehu, di bahagian tengah Pulau Utara dan mengalir ke utara sejauh 425 kilometer. Sungai Waikato mengalir melalui Tasik Taupo, kota Hamilton, dan wilayah Waikato lalu mengalir menuju ke Laut Tasman di Pelabuhan Waikato. Sungai ini telah diempang untuk penjanaan kuasa hidroelektrik di Ohakuri, Atiamuri, Whakamaru, Maraetai, Waipapa, Aratiatia, Karapiro dan Arapuni. Empangan-empangan tersebut membentuk tasik dan menjadi tempat berperahu dan memancing ikan yang popular. | UMUM | |
TEROWONG | Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong digali menembusi bukit dan gunung dan juga di bawah bandar serta jalan air. Terowong menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan landasan kereta api merentangi halangan semula jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam perlombongan untuk sampai ke tempat bahan galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi. Terowong juga digunakan untuk membekalkan jumlah air yang banyak untuk loji kuasa hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga terowong digunakan untuk mengangkut sisa sistem pembetungan. | UMUM | |