Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jab] | حجاب

Definisi : Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengang­kat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ ber­pegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jab] | حجاب

Definisi : 1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hijab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIJAB

Hijab, sesuatu yang menghalang, menahan atau menyembunyikan sesuatu daripada dilihat atau diperoleh. Perkataan ini berasal daripada perkataan Arab hajaba.

AGAMAKonsep
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 

Kembali ke atas