HINDIA BARAT PERANCIS | | UMUM | |
HINDIA BARAT BRITISH | | UMUM | |
HINDIA BARAT | | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA | Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini diberikan hak istimewa untuk berniaga dan menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri yang kini dikenali sebagai New York, New Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New York City). Lihat juga New Netherland. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA TIMUR | Syarikat Hindia Timur ialah nama bagi beberapa buah syarikat Eropah yang mengawal perdagangan dengan India dan Timur Jauh pada tahun 1600-an. Syarikat Hindia Timur merupakan syarikat swasta yang diberi piagam oleh kerajaan Britain (kini dikenali United Kingdom), Belanda, Denmark, dan Perancis. | UMUM | |
POETRI HINDIA | POETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA | Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan melakukan peperangan di Asia. | UMUM | |
PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS | PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (1880), perjanjian perdamaian, persahabatan dan pertikaian rasmi yang pertama ditandatangani antara Sultan Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang menegaskan semula hak Kedah ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
ADAMS, SIR GRANTLY HERBERT | Adams, Sir Grantly Herbert (1898–1971) ialah negarawan Hindia Barat yang menjadi perdana menteri pertama Barbados, dan kemudian Perdana Menteri Persekutuan Hindia Barat. Sebagai pemimpin gabungan Parti Buruh Barbados dengan Parti Kongres, dia telah membawa kejayaan kepada gabungan ini memegang kuasa pada tahun 1954. | UMUM | |