Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hinggap (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bertenggek: bertengger, bertingkir, mencok,

2. Bersinonim dengan singgah: berhenti, sementara, berehat,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mengenai, menimpa,

Kata Terbitan : menghinggapi,

Puisi
 

Hinggap mari di hujung ciku,
     Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
     Satu kubur kita berdua.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ABU BAKAR

SULTAN ABU BAKAR (1904 – 1974), Sultan Pahang yang keempat (1932 – 1974).  Baginda diputerakan pada 29 Mei 1904, di Istana Hinggap Pekan Lama, Pahang.  Baginda adalah putera Sultan Abdullah dan Hajah Kalthum binti Abdullah.  Baginda, belajar di Sekolah Melayu Pekan pada tahun 1915 selama tiga tahun.  Kemudian baginda melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun.  Pada tahun 1926, baginda telah dijodohkan dengan Tengku Fatimah binti Sultan Iskandar (Sultan Perak).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 

Kembali ke atas