Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : (hipotésis) sesuatu pendapat yg di­ang­gap benar sbg alasan walaupun kebe­nar­annya masih belum dibuktikan; menghipotesiskan membuat atau meng­anggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : /hipotésis/ sesuatu pendapat yg dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hipotesis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan andaian, anggapan, usul, kenyataan, tesis, teori, kesimpulan, tekaan, terkaan, tebakan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIPOTESIS NEBULA UMUM 
HIPOTESIS AVOGADRO

Hipotesis Avogadro ialah hukum yang menyatakan bahawa gas-gas yang berlainan mengandungi bilangan zarah yang sama jika isi padu gas-gas tersebut adalah pada suhu dan tekanan yang sama.

MATEMATIKKaedah
KOTA KUALA MUDA

KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BURNET, SIR MACFARLANE

Burnet, Sir Macfarlane (1899–1985), doktor

dan ahli virologi Australia, yang berkongsi Hadiah

Nobel tahun 1960 bagi fisiologi atau perubatan

dengan Peter Brian Medawar. Pada tahun 1949,

Burnet mengusulkan hipotesis (mungkin idea

yang benar) bahawa dalam keadaan tertentu, tisu

dan organ boleh dipindahkan dengan jayanya

daripada seekor haiwan ke haiwan lain. Idea ini,

yang dinamakan toleran imunologi perolehan

kemudiannya dibuktikan oleh Medawar dan

pekerja bersamanya.

UMUM 
SEMMELWEIS, IGNAZ PHILIPP

Semmelweis, Ignaz Philipp (1818–1865) ialah

doktor Hungary yang pertama menggunakan

kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran

bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari

bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12

orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah

penyakit berjangkit dan doktor sendiri

menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka

tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit.

Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak

masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya

dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya,

berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of

Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya

sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya

menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental.

Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister

mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak

lama kemudian disahkan bahawa hipotesis

Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di

Budapest.

UMUM 

Kembali ke atas