Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[his.to.rio.gra.fi] | هيستوريوݢرافي

Definisi : 1. prinsip atau kaedah pengajian sejarah; 2. penulisan sejarah; 3. karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah: al-Quran bukan sbg bahan analisis yg sistema­tik, laporan atau ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata historiografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMBO MINANGKABAU

TAMBO MINANGKABAU, hasil sastera berbentuk historiografi mengisahkan sejarah tentang tanah Minangkabau.  Pada asalnya, tambo Minangkabau disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.  Bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, timbul usaha di kalangan orang Minangkabau sendiri menulis kisah dalam tambo.  Kebanyakan hasil penulisan tersebut telah dikumpulkan oleh Belanda dan kini tersimpan di Leiden.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas