Seyss-Inquart, Arthur von (1892–1946) ialah pemimpin Nazi Austria yang terkenal. Sebagai penasihat kepada canselor Austria pada tahun 1930-an, Seyss-Inquart mengkhianati negaranya dan membantu Adolf Hitler merampas Austria. Apabila Austria menjadi wilayah Jerman pada tahun 1938, Seyss-Inquart dilantik menjadi gabenor. Dia memegang jawatan yang serupa di Belanda semasa Perang Dunia II (1939–1945). Selepas perang, dia telah dibicarakan dan digantung di Nuremberg, kerana dasarnya yang menindas rakyat. Dia lahir di Stannern, Bohemia. |