Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira 60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu sejat disediakan dengan memanaskan susu penuh pasteur homogen dalam tangki vakum untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya, tetapi vitamin D sering ditambah untuk pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa Switzerland, menerima paten pada tahun 1884 kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah memekatkan susu tanpa menambah gula. Lihat juga Susu. |