Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hon] | هون

Definisi : alat yg dibunyikan utk memberi isyarat atau amaran (ada bahaya dll): ~ kereta ber­bunyi beberapa kali; mengehon membunyikan hon: jangan ~ di sini nanti terganggu orang tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hon] | هون

Definisi : alat (pd kereta dll) yg dibunyikan utk memberi isyarat kpd orang dll supaya berawas-awas atau berhati-hati. mengehon membunyikan hon (utk memberi isyarat): Dia ~ pd lelaki yg sedang melintasi jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HON SUI SEN UMUM 
HON INGGERIS UMUM 
HON ALPEN UMUM 
HON UMUM 
MELOFON

Melofon ialah sejenis alat muzik bras melengkung

yang menyerupai hon Perancis. Pemainnya

menghasilkan not dengan meniup ke dalam

mouthpiece berbentuk cawan dan menggetarkan

bibirnya. Pemainnya menukar not dengan cara

mengubah-ubah tegangan bibir dan penjarian tiga

injap alat ini.

UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
REYNOLDS, SIR JOSHUA

Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis

potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds

menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek

dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat

dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds

termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754),

William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the

Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei

tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai

Discourses yang menekankan kepentingan

kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan

latihan akademik yang tegar.

UMUM 

Kembali ke atas