MUKTAZILAH | Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |
SCHOPENHAUER, ARTHUR | Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera kita adalah <i> perlambangan i> semata-mata. Yang dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri. Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita, kita mengubahnya. | UMUM | |
MUZANNIY, AL- | Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.), pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al- Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar darinya dan merupakan salah seorang murid Imam al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al- Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”. | UMUM | |
ARAHAN | Arahan , dalam undang-undang ialah set kertas kerja yang disediakan oleh peguam cara yang hendak dibawa oleh <i> barrister i> ke mahkamah untuk merayu sesuatu kes. Istilah ini juga digunakan bagi mana-mana arahan yang diberi oleh klien kepada seorang profesional apabila memberi arahan kepadanya. Di Amerika Syarikat, arahan bagi sesuatu kes undang-undang dibuat secara ringkas. Arahan dikemukakan kepada mahkamah oleh setiap pihak, biasanya dalam kes rayuan. Ia sebagai menggantikan hujah mulut. | UMUM | |