Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka. Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan tarian ini pada musim bunga ketika musim menanam dan pada musim panas ketika tanaman sedang membesar. Setiap suku mempunyai upacara tersendiri untuk memanggil hujan. Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli Papago, menyanyi dan menari serta minum wain yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku Hopi pula menari sambil menggonggong ular orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka agar menurunkan hujan. |