LADING, pengangkutan air yang diperbuat daripada batang kayu panjang yang di keruk untuk dijadikan ruang duduk penumpang. Lading juga dikenal sebagai jalur, penak atau melangbing. Lading berbentuk tirus di hujung dan di pangkal, dan bahagian tengahnya lebih lebar.
Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada
masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di
hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar,
tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya
berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih,
tersusun padat pada jambak yang bertangkai
panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira
6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung
pada pangkal jambaknya.
Thanks for clicking. That felt good.