Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma] | هوما

Definisi : 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya); berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerja­kan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; memperhumai mengerjakan tanah utk di­buat huma: mereka ~ tanah di bukit itu; perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ma] | هوما

Definisi : tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru d­itebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huma
Rujuk :tani

Puisi
 

Pergi ke huma mencari capa,
     Capa ada di pokok inai;
Sudah lama tidak berjumpa,
     Rasa abang macam tak kenal.


Lihat selanjutnya...(20)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas