Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma.nis.me] | هومانيسمى

Definisi : 1. sifat perikemanusiaan; 2. faham (pendirian, sistem, dsb) yg meng­utamakan nilai-nilai, kepentingan, dan ma­ruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humanisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABELAIS, FRANÇOIS

Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli

humanisme Perancis yang menghasilkan dua

hikayat komedi yang berjudul Gargantua and

Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel

ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya,

Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk

mempersoal dan menguji institusi-institusi yang

paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian

komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya

mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan

mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam

perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana

humornya yang agak kasar, Rabelais menulis

dengan serius tentang banyak perkara.

UMUM 
PETRARCH

Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali

yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan

pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga

seorang sarjana yang dihormati sehinggakan

pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch

mendahului dalam menemukan kehebatan penulis-

penulis klasik dan membantu memulakan

pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai

humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy

mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya

Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang

terpadam dalam perpustakaan di biara-biara.

UMUM 
SITOR SITUMORANG

SITOR SITUMORANG (1924-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Oktober 1924 di Harianboho, Tapanuli, Indonesia.  Bapanya ketua adat di daerah Samosir dan pejuang yang menentang Belanda.  Sitor mendapat pendidikan sekolah rendah di Batak dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Jakarta.  Dia pernah menjadi wartawan akhbar Waspada di Medan (1947), Dosen Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI), Jakarta dan Ketua Lembaga Kebudayaan Nasional (1959-1965).  Sitor tergolong sebagai seniman angkatan 45 yang memperjuangkan konsep universal humanisme.

SASTERATokoh

Kembali ke atas