Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n humus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUMUS

Humus ialah bahan organik yang telah terurai atau yang sedang mengalami penguraian di permukaan atau di bawah permukaan tanih. Bahan organik berasal daripada sisa tumbuhan dan haiwan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TANAH ATAS

Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah.

Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25

sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas

menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman.

Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang

dikenali sebagai humus , satu sumber makanan

penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan

rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi

bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman.

Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian,

landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap

sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang

penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan

di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab

itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan

utama pemuliharaan tanah.

UMUM 
STAGHORN

Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya

dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat

namanya daripada fron daun utama daun berbentuk

seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis

daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan

tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini

mengumpul air dan humus. Daun utama

mengandungi spora pembiakan.

UMUM 

Kembali ke atas