| ABDULLAH HUSSAIN, DATO’ | Abdullah Hussain, Dato' (1920– ), Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping itu, dia pernah menghasilkan puisi, novel dan cerpen asing. | UMUM | |
| ABDULLAH HUSSAIN, DATO | ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 - ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed. | SASTERA | Konsep |
| KHALID M. HUSSAIN | KHALID M. HUSSAIN (1937- ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati. | SASTERA | Tokoh |
| HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE’ DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MUSTAPHA HUSSAIN | MUSTAPHA HUSSAIN (1910-1986), nasionalis. Dia lahir pada 21 Ogos 1910 di Matang, Taiping, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ABDULLAH HUSSAIN, DATO (SN) | Abdullah Hussain, Dato’ (1920- ), Sasterawan Negara yang kelapan dan penulis. Beliau lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah Darul Aman. Dalam penulisan, Abdullah menggunakan nama pena seperti Aslu, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed. | SASTERA | Tokoh |
| TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SYED HUSSAIN JAMALULLAIL | SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873). Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854. ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam. Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’. Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah. Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa. Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |
| KAMUS SIMPULAN BAHASA | KAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu. | BAHASA | Penerbitan |