CUMMINGS, E.E. | | UMUM | |
E | E ialah huruf kelima dalam abjad Inggeris. E juga merupakan huruf kelima dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. | UMUM | |
E PLURIBUS UNUM | E Pluribus Unum ialah cogan kata dalam bahasa Latin yang terdapat di muka hadapan Mohor Besar Amerika Syarikat. | UMUM | |
E = MC 2 | E = mc2 ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik, Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan <I>jisim I>(jirim) dengan tenaga. | UMUM | |
DOLBEAR, AMOS E. | Dolbear, Amos E. (1837–1910), ahli fizik dan pencipta Amerika, salah seorang yang mengaku sebagai pencipta telefon sebelum Alexander Graham Bell, pada tahun 1878, dua tahun setelah Bell menerima patennya. | UMUM | |
ANDRADA E SILVA, JOSÉ BONIFÁCIO DE | Andrada e Silva, José Bonifácio (1763– 1838), ahli sains Brazil dan negarawan yang dikenali sebagai “arkitek kemerdekaan Brazil”. Pada tahun 1822, dia membebaskan Brazil daripada Empayar Portugis, dan berkhidmat dengan maharaja baharu, Pedro I. Dia kehilangan sokongan dan dibuang negeri buat sementara waktu. Sekembalinya di Brazil, Pedro melantiknya sebagai penjaga puteranya, bakal Pedro II (lihat Pedro II ). | UMUM | |
J.E. TATENGKENG | J.E. TATENGKENG (1907-1968), penyair Indonesia. Dia lahir pada 19 Oktober 1907 di Kolongan, Sangiha (Sangir), Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jan Engelbert Tatengkeng. J.E. Tatengkeng mendapat pendidikan di Hollandsche Inlandsche School (HIS) Manganitu, Christalijk Middagkwakschool Bandung dan Christalijik HKS Solo. Dia pernah menjadi guru bahasa Indonesia, Guru Besar Schakelschool Ulu-Siau, Guru Besar HIS Tahuna dan pengajar di Fakultas Sastra, Universitas Hasanuddin, Makasar. | SASTERA | Tokoh |
DU BOIS, W.E.B. | Du Bois, W.E.B. (1868–1963) merupakan salah seorang pemimpin penting dalam kebangkitan kaum kulit hitam di Amerika Syarikat. | UMUM | |
S.E.A. WRITE AWARD | S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979. Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |